Add

ikuti saya di facebook

"Sokong" kami di facebook

Sabtu, 24 November 2012

IKAN GAPI: Penjagaan


IKAN GAPI : Maklumat asas


Makanan
Ikan gapi adalah ikan omnivor, ia makan tumbuhan dan haiwan kecil lain. Makanan buatan seperti pallet boleh  diberikan kepada  ikan ini.
Terdapat juga pallet khusus utuk ikan jenis ini, bagaimanapun  pallet bersaiz besar yang dihancurkan juga boleh digunakan. Ikan gapi juga mengamalkan kanibalisme (dewasa makan anak). Dengan memberi makanan yang kerap dan cukup mampu mengurangkan sifat kanibal ini
Air
Air yang biasa digunakan untuk ikan gapi ialah air tawar walaupun ikan ini boleh hidup dalam air masin, bagaimanapun  terdapat pendapat memcadangkan  air sedikit payau untuk ikan jenis ini(1 sudu makan untuk 20 liter air), ikan ini lebih digalakkan dipelihara pada air liat dan dikawal  pada suhu  25.5 dan 27.8 °c
Sesetengah penternak ikan hiasan ini menternak ikan gapi dalam air masin,ini kerana dikatakan dalam air masin ikan ini dikatakan lebih susah dihinggapi penyakit air tawar,akibatnya apabila ikan ini (yang diternak dalam air masin) tidak mempunyai imuntasi yang cukup untuk ringtang penyakit ikan air tawar. Antara tanda-tanda nya ialah ikan yg baru dibeli mengalami tekanan atau mati apabila dimasukkan kedalam akuarium...
kestabilan suhu air adalah amat penting untuk ikan gapi, kekuata sistem imuntasi ikan ini akan mendadak merosot  jika  suhu air berubah mendadak,keadaan ini seringkali mengakibatkan ikan gapi mati beramai-ramai akibat jangkitan kuman atau kulat.
Hiasan
Ikan gapi biasanya tidak mehadapi masaalah dengan hiasan dalam akuarium, dicadangkan menggunakan batu-batu kecil dan sederhana dibahagian dasarnya . Batu-batu ini akan mengawal keliatan air supaya lebih mudah untuk mendapatkan air liat. Batu-batu yang bersaiz sederhana pula dapat menyediakan celah-celah untuk pesembunyian ikan gapi yang baru lahir.
Penggunaan tumbuhan air juga digalakkan, ini dapat mengurangkan tekanan pada ikan gapi kesayangan anda serta memberi tempat membesar yang sihat untuk anak gapi yang baru lahir. Penggunaan tumbahan hidup yang terapung juga digalakkan, ini kerana ikan gapi yang baru lahir tidak mahir berenang dan akan berenang di pemukaan air selama sekitar 2 jam pertama sebelum mahir berenang dan menyelam sepenuhnya. Bagaimanapun, tumbuhan air yang terapung  janganlah  menutupi lebih separuh dari pemukaan akuarium untuk menggalakkan pengudaraan belaku
Pengunaan pam angin untuk pengudaraan juga amat digalakkan bagaimanapun, penggunaan pam air untuk tujuan penapis air perlu dielak. Kuasa sedutan pam air mampu menyedut dan membunuh ikan gapi yang berharga anda,gunalah penapis air yang menggunakan penggerakan  buih  untuk menyedut air, penapis jenis ini kurang berkuasa tapi selamat untuk ikan gapi anda...

3 ulasan:

  1. terima kasih kerana memberikan ilmu anda

    BalasPadam
  2. Numpang ya bossku ^^
    Bonus Welcome Untuk New Member:
    - Bagi deposit Rp.10,000 - Rp.14,999 Bonus Rp.5.000
    - Bagi deposit Rp.15,000 - Rp.24,999 Bonus Rp.10.000
    - Bagi deposit Rp.25,000 - Rp.49,999 Bonus Rp.15.000
    - Bagi deposit Rp.50,000 - Rp.99,999 Bonus Rp.20.000
    - Bagi deposit Rp.100,000 ke atas Bonus Rp.25.000
    - Bonus next deposit 5% untuk deposit Rp.50.000
    REAL PLAYER VS PLAYER !!!

    Syarat Klaim bonus yaitu menghubungi CS kami di
    WHATSAPP : +855966139323
    BBM : KENARI00
    LIVE CHAT : KENARIPOKER . COM
    ALTERNATIVE LINK : KENARIPOKER . COM
    HANYA DI KENARI POKER BANYAK BONUSNYA BOSSKU

    BalasPadam