Add

ikuti saya di facebook

"Sokong" kami di facebook

Jumaat, 28 September 2012

Sains Air Akuarium

                Air untuk akuarium,secara mudah kita boleh membahagi jenis air kepada dua, iaitu air tawar dan air laut...sebelum kita pergi secara lebih lanjut, mari kita melihat istilah-istilah pada air mengikut kandungan garam...

Berikut adalah pengkelasan air mengikut peratusan kandungan garam....


tiga tahap kemasinan untuk kegunaan akuarium adalah air tawar, air payau dan air laut...
Selain dari kadar kemasingan,
Terdapat juga beberapa ciri air lain yang perlu diambil pehatian,iaitu:-


1.Ph Air,
                 ph air akan menentukan kadar keasidan dan kealkalian air...pada tahap nuteral, ph = 7 .. Kurang daripada 7 adalah berasid dan lebih daripada 7 adalah alkali...untuk akuarium , ph yang dicadangkan adalah  dari ph6 hingga ph9 tetapi sesetengah mencadangkan ph 6 hingga ph 8 ... Seandainya terlalu rendah(kurang dari 6) ikan-ikan boleh jatuh sakit dan mati..

2.Keliatan Air,
                Air liat, mungkin istilah ini agak asing bagi kebanyakan orang... Keliatan air bergantung kepada  tahap zat logam  terlarut dalam air terutamanya kalsium. Tahap keliatan biasanya dibahagi kepada 2,iaitu  keliatan am dan keliatan karbonat. Keliatan am bergantung kepada  kalsium dan magnisium terlarut dalam air. Manakala keliatan karbonat ialalah bergantung kepada kelarutan ion kalsium kalbonatdan ion bikabonat...

                Tahap keliatan air yang tidak sesuai secara melampau akan memberi tekanan kepada ikan anda...berikut  adalah istilah  tahap keliatan air yang biasa digunakan


Biasanya, kita hanya mengambilkira keliatan karbonat untuk aktiviti akuarium, kerana ia lebih mudah diukur dan maklumatnya lebih berguna kepada penggiat hobi ikan...setiap akuarium memerlukan sekurang-kurangnya 3 odarjah keliatan kabonat untuk memastikan kestabilan ph air.. Untuk nilai odarjah keliatan maksimum bergantung kepada jenis ikan...

Perkara Lain Perlu Diperhatikan Pada Air

Klorin Dan Kloramin,
            Klorin atau  kloramin biasanya ditambah apda air paip untuk membunuh kuman seterusnya air paip selamat digunakan, bagaimanapun, mengancam kehidupan air... Pada kadar hanya  2ppm (2 bahagian per sejuta bahagian) sudah mampu mengancam kehidupan ikan...

Kita boleh menyahkan klorin dari air paip dengan
a)      menggunakan anti klorin(sodium thiosulphate)
b)      menakung air paip dalam bekas terbuka dan memasang pam pengudaraan semalaman
c)      menapis air dengan karbon aktif dan biarkan semalaman
d)      mendidihkan air(tak pratikal untuk akuarium)

            Kloramin pula adalah bahan aternatif kepada klorin dalam rawatan air komersial, ianya lebih stabil dan mampu terlarut dalam air pada kadar lebih lama. Kloramin adalah gabungan klorin dan ammonia. Anti klorin biasanya hanya menutralkan bahagian klorin dan meninggalkan bahagian amonia yang merbahaya kepada ikan...

            Seandainya menggunakan kaedah menakung air paip dalam bekas terbuka dan memasang pam pengudaraan, kloramin mengambil masa lebih seminggu untuk dinyahkan, kaedah paling biasa digunakan untuk menyah kloramin ialah menapis air dengan karbon aktif atau dengan anti klorin khas untuk menyahkan kloramin

            Buat masa ini,kemungkinan besar kloramin masih tidak lagi digunakan di Malaysia, bagaimanapun, tidak mustahil ia digunakan bandar-bandar besar sedikit masa lagi...

Kitaran Nitrogen.... Ammonia, Nitrit Dan Nitrat

Amonia
            Ammonia terbentuk dari bahan buangan hidupan air,sisa makanan dan tumbuhan yang mereput . Ammonia adalah bahan yang beracun kepada kehidupan,kadar ammonia dalam akuarium perlu dikekalkan pada tahap hampir-hampir kepada sifar.pada tahap ini, sebarang alatan mengesan amonia tidak mampu mengesan sebarang ammonia...keracunan ammonia akan lebih ketara jika air dalam keadaan alkali.

            Dalam sebuah akuarium yang matang, bakteria akan mengubah ammonia kepada nitrit seterusnya mengekalkan tahap ammonia pada hampir-hampir sifar.


            Bagaimanapon,beberapa keadaan akan menyebabkan paras ammonia ke paras yang merbahaya iaitu:-
a.      a)terlebih beri makan
b.      b)kegagalan system penapis air
c.       c)penggunaan ubat-ubatan(ubat-ubatan membunuh bakteria)
d.      d)bilangan ikan yang terlalu padat(penghasilan amonia terlalu pantas)
e.      e)mencuci penapis air terutama penapis jenis biologi( menyingkirkan bakteria)

            Bakteria-bakteria yang menukar ammonia ini memerlukan masa untuk membiak dan populasinya bertambah sehingga mencapai satu tahap stabil mengikut penghasilan amonia dalam sesuatu akuarium atau mencapai tahap tepu.pada tahap stabil, paras ammonia akan sentiasa berada pada paras hapir-hampir sifar..pada tahap tepu, populasi bakteria tidak dapat berkembang lagi dan akan mengakibatkan jumlah ammonia yang dicerna kurang dari ammonia yang dihasilkan.

Nitrit
            Nitrit juga adalah bahan yang merbahaya kepada ikan.ia perlu dikekalkan pada tahap hampir-hampir sifar..pada tahap ini,peralatan pengesan nitrit tidak mampu mengesan kehadiran nitrit.. Nitrit juga boleh melepasi tahap bahaya iaitu 0.1ppm(0.1 bahagian dari sejuta bahagian) pada air akuarium matang akibat:-
a.      a)terlebih beri makan
b.      b)kegagalan system penapis air
c.       c)penggunaan ubat-ubatan(ubat-ubatan membunuh bakteria)
d.      d)bilangan ikan yang terlalu padat(penghasilan amonia terlalu pantas)
e.      e)mencuci penapis air terutama penapis jenis biologi( menyingkirkan bakteria)

            Kehadiran nitrit dalam air memerlukan masa yang lebih panjang untuk dipulihkan semulajadi berbanding ammonia, maka tanda-tanda keracunan akan berlarutan.... Antara tanda-tanda keracunan nitrit ialah ikan kelihatan tercungap-cungap yang biasanya disalah anggap kekurangan oksigen dalam air, sebenarnya nitrit akan bertindakbalas dengan homoglobin dalam darah seterusnya menhalang darah dari mengangkut oksigen dalam tubuh ikan.dan ikan akan kelihatan pasif dan mungkin boleh mati lemas.... Lagi sekali, bakteria dalam air akuarium matang akan menukarkan nitrit kepada nitrat...


Nitrat
                Nitrat adalah bahan yang kurang merbahaya kepada ikan. Kadar nitrat yang mampu membunuh ikan adalah 1000ppm(1000 bahagian dari sejuta bahagian). Bagaimanapon,kadar nitrat yang sederhana tinggi  pada jangka masa lama mampu memberi kesan kesihatan kepada ikan terutama pada sistem peranakan, kadar yang di syorkan ialah tidak lebih dari 50ppm.
kadar nitrat dikawal dengan menukar sebahagian air berjadual

Ringkasan
            Kawalan amonia dan nitrit adalah dengan bantuan bakteria manakala kawalan terhadap nitrat adalah dengan menyalin sebahagian air



5 ulasan:

  1. Apakah sifat batu karang?
    Adakah bahaya meletakkan batu karang terlalu banyak di dalam akuarium?

    BalasPadam
  2. kalau guna air coway utk akuarium sesuai x?

    BalasPadam
  3. adakah ikan pelaga memerlukan air klorin??

    BalasPadam
  4. sesuaikah kita guna air sungai atau tasik sahaja

    BalasPadam
  5. lagi bagus guna air coway. xpayah letak garam dah. PH cun2 utk ikan air tawar

    BalasPadam