Add

ikuti saya di facebook

"Sokong" kami di facebook

Sabtu, 24 November 2012

sifat air : Keliatan Air


                Air liat, mungkin istilah ini agak asing bagi kebanyakan orang... Keliatan air bergantung kepada  tahap zat logam  terlarut dalam air terutamanya kalsium. Tahap keliatan biasanya dibahagi kepada 2,iaitu  keliatan am dan keliatan karbonat. Keliatan am bergantung kepada  kalsium dan magnisium terlarut dalam air. Manakala keliatan karbonat ialalah bergantung kepada kelarutan ion kalsium kalbonatdan ion bikabonat..

                Tahap keliatan air yang tidak sesuai secara melampau akan memberi tekanan kepada ikan anda...berikut  adalah istilah  tahap keliatan air yang biasa digunakan


Biasanya, kita hanya mengambilkira keliatan karbonat untuk aktiviti akuarium, kerana ia lebih mudah diukur dan maklumatnya lebih berguna kepada penggiat hobi ikan...setiap akuarium memerlukan sekurang-kurangnya 3 o keliatan kabonat untuk memastikan kestabilan ph air.. Untuk nilai odarjah keliatan maksimum bergantung kepada jenis ikan...



lebih lanjut tentang sifat air , klik sini
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan