Mula2,apa yang kita perlukan ialah sebuah akuarium yang kosong siap dicuci...
kemudian masukan tanah hitam... masukan pelahan-lahan...tanah hitam yang biasa digunakan ialah tanah hitam yang dijual untuk berkebun
ratakan tanah hitam
masukkan hiasan besar...
untuk kali ini saya menggunakan kayu reput, kayu reput dibersihkan dan dipotong mengikut kreativiti
kayu buruk dimasukkan
seterusnya sediakan batu- batu kecil,seandainya batu-batu ini diguna semula dari akuarium lain, seeloknya ia di jemur di bawah panas terik untuk mematikan parasit atau bakteria pembawa penyakit ikan..
masukkan sedikit-sedikit..... jangan gelojoh.... pecah akuarium nanti kang...
pastikan setiap inci tanah ditutupi batu
batu-batu kecil ini penting untuk memaksa tanah hitam kita tidak terapung
air dimasukkan... gunakan penhadang untuk melindungi kerja kita dari dirosakkan aliran air... jangan lupa masukkan anti klorin jika menggunakan air paip
menggunakan khidmat anak saudara sementara nak ambil gambar....
ini pula tumbuhan air yang mahu ditanam hari ini...
korek sedikit tanah sebelum menanam pokok... jangan lupa menyokong pangkal pokok dengan batu-batu... ini kerana akar tumbuhan belum menjalar untuk mendapatkan sokongan yang diperlukan
sudah hampir siap...ikan-ikan boleh dimasukkan esok harinya....
seandainya mahukan ada kawasan yang tidak ditutupi batu-batu kecil.... boleh buangkan batu- batu kecil setelah 2-3 hari.... tanah hitam ini menyimpan udara dalam kuantiti yang banyak dan memerlukan masa untuk menyinkirkan udara ini...seandainya menanggalkan batu kecil terlalu awal, maka tanah hitam akan terapung dan mengeruhkan air akuarium anda....
Akuarium baru kita sudah siap, mari kita pelajari tentang masaalah pada akuarium baru
klik sini sebelum kita memasukkan ikan
Slm.. masih boleh bertanya x?
BalasPadam