Add

ikuti saya di facebook

"Sokong" kami di facebook

Khamis, 27 September 2012

Syndrom Akuarium baru

                Anda telah bersusah payah menyiapkan akuarium baru.. Memasukan air segar lagi jernih dari air paip...Merawat pula dengan anti klorin yang baru dibeli.... Kemudian anda melepaskan ikan yang baru dibeli...

                Malangnya,selepas beberapa hari ikan anda kelihatan stress dan akhirnya beberapa ekor ikan anda mati... Sifat air berubah bergitu pantas.. Orang lain tak tukar air sebulan pon air masih ok... tapi tidak pada akuarium baru anda...

Sebenarnya apa yang sedang belaku???

Dimana silapnya???

Apakah RAHSIA disebaliknya???


                Pengalaman diatas seringkali belaku kepada pengiat hobi akuarium. Masaalah ini dinamakan syndrom akuarium baru.Masaalah yang tidak terungkai dengan dengan pandangan kasar. Segalanya berpunca dari aktiviti mikroorganisma dalam akuarium baru yang belum rancak untuk memproses toksin yang terbentuk dalam akuarium anda...
                Akuarium baru adalah tidak mempunyai  atau mempunyai tidak cukup bakteria untuk mengurai amonia dan nitrit kepada nitrat untuk mengekalkan paras amonia dan nitrit pada paras hampir-hampir sifar.Kedua-dua bahan ini(ammonia dan nitrit) adalah berbahaya kepada ikan kesayangan anda.Keadaan ini menyebabkan air akuarium mempunyai kadar amonia yang merbahaya dan boleh mengakibatkan ikan dalam keadaan tertekan dan boleh menyebabkan kematian.. 


Maka langkah-langkah untuk mengurangkan penghasilan amonia perlu dijalankan...

                a)jangan beri makan berlebihan
                b)buang segera ikan yang sudah mati
                c)tangkas daun-daun tumbuhan yang sudah kekuningan
                d)mulakan dengan beberapa ikan yang tahan lasak sahaja

                 Biasanya air akuarium mengambil masa beberapa minggu sebelum menjadi matang iaitu mempunyai cukup bakteria untuk menjalankan proses penguraian biologi. Satu kaedah untuk menyingkatkan tampoh mematangkan air akuarium ialah mencampurkan sedikit air akuarium dari akuarium yang sudah matang ke akuarium baru..boleh juga menggunakan hiasan dan batu dari akuarium yang sudah matang  untuk tujuan ini...

                Seandainya berkemampuan, bolehlah melakukan ujian amonia,nitrit dan nitrat beberapa hari sekali sehinggalah ujian mendapati tiada lagi kandungan amonia dan nitrit manakala kandungan nitrat terus meningkat. Pada tahap ini air akuarium sudah menjadi matang dan penyengaraan dan penjagaan rapi air boleh ditamatkan.. Cukuplah  sekadar menukar air sebahagiannya setiap minggu....


Mendalami lebih lanjut tentang sains disebalik air akuarium, sila klik sini

pelajari kaeadah menyediakan akuarium, sila klik sini

1 ulasan: