Add

ikuti saya di facebook

"Sokong" kami di facebook

Pembiakkan

Sebelum kita membincangkan secara terperinci kaedah membiakan ikan kita.mari kita melihat jenis-jenis pembiakan ikan. terdapat dua jenis pembiakkan ikan

a)bertelur
b)lahir hidup

Bertelur adalah kebiasaan bagi kebanyakan ikan.sejumlah besar telur dikeluarkan induk betina kemudiannya di senyawa oleh induk jantan.kemudiannya telur itu berkembang dan akhirnya menetas menjadi kerengga ikan.

Lahir hidup adalah belaku kepada sebahagian ikan yang kecil.Induk jantan akan mempersenyawakan telur yang berada dalam perut ikan betina. bagi sesetengah spesis,sebahagian benih/spema jantan akan disimpan oleh induk betina untuk dihunakan pada masa depan.telur akan bekembang menjadi kerengga ikan dan dilahirkan dari lubang peranakan ibunya.

Sesetengah spesis ikan akan melindungi anaknya sendiri dan ada juga spesis ikan yang akan makan telur atau anaknya.bagi spesis yang yang makan anak sendiri, pengasingan adalah keperluan untuk meningkatkan kadar hidup.Bagaimanapun kebanyakan pengiat hobi memelihara ikan akan meyediakan tempat sembunyi untuk anak ikan baru menetasi.Ia memadai dan lebih mesra pengurusannya.

Tumbuhan air, tumbuhan plastik , batu - batu dan langkap dalam akuarium boleh dimanfaatkan oleh anak ikan untuk menyelamatkan diri.Bagaimanapun ianya tidak mampu menjamin keselamatan sepenuhnya.terdapat kaedah lain untuk meningkatkan kadar hidup anak ikan iaitu mengunakan jaring penetasan(net breeder).Kaedah ini membolehkan anak ikan diasingkan dari induknya seawal yang boleh.Kaedah ini lebih berkesan tapi agak rumit bagi kebanyakan orang.



Akan bersambung.........