Add

ikuti saya di facebook

"Sokong" kami di facebook

Ahad, 8 Ogos 2010

Akuarium mini


Akuarium mini ini hanya bersaiz sekitar 20cm lebar.Ianya sesuai untuk menerikan ruang yang sempit dan menempatkan ikan-ikan kecil.Malah pemilik Akuarium ini dengan kretiviti yang tersendiri telah menanam pokok menggunakan gel di atas akuarum ini menjadikannya lebih unik.Pemilik juga sedar bahawa Akuarium ini berada dalam pejabat(tanpa cahaya matahari)maka penggunaan tumbuhan air adalah tidak digalakkan

Contoh Akuarium Tropica



Akuarium ini disusun atur dan dirancang untuk melihat pembiakan ikan berlaku dan mengurangkan seliaan.

Isnin, 7 Jun 2010

Akuarium contoh

Lokasi: IT Mine Resources, Pasaraya Bilion,sg Petani


Sebuah Akuarium digunakan sebagai penyeri kedai.

Sabtu, 6 Mac 2010

ikan hiasan biasa

1)gapi
ikan kecil yang mempunyai pelbagai warna, corak dan mudah dibela.Ianya tahan lasak dan mudah membiak menjadikannya sebagai pilihan kebanyakkan peminat.Antara warna biasa ialah merah,kuning, oren,hijau biru dan hitam.Gapi juga mempunyai pelbagai bentuk ekor menjadikan gapi sebagai ikan hiasan yang sangat banyak variasinya..Ikan ini juga sangat mesra dan sesuai dipelihara dalam jumlah yang banyak.
IKAN GAPI : Maklumat asas 
IKAN GAPI: Penjagaan   

Membangunkan sebuah akuarium

Untuk membangunkan sebuah akuarium yang hebat terdapat beberapa faktor perlu diambilkira.elemen utama adalah akuarium, air , ikan dan penyegaraan.

Mengapa membela ikan?

Ikan adalah sejenis haiwan yang menyenangkan.Kajian membuktikan bahawa ikan dapat memberi ketenangan minda dan mampu melegakan tekanan.iakn juga dapat mengurangkan kesunyian bila bersendirian.Malah kaum cina mengangap ikan sebagai pembawa tuah.

Jumaat, 5 Mac 2010

Dunia Akuarium

Alhamdulillah, hari ini 5 mac 2010 Dunia Akuarium telah diterbitkan. semoga dengan ini dapatlah kita sama-sama kita berkongsi pengetahuan dan pengalaman berkaitan ikan hiasan.Sebarang cadangan, komen dan persoalan amat-amat dialukan.