Add

ikuti saya di facebook

"Sokong" kami di facebook

Sabtu, 6 Mac 2010

ikan hiasan biasa

1)gapi
ikan kecil yang mempunyai pelbagai warna, corak dan mudah dibela.Ianya tahan lasak dan mudah membiak menjadikannya sebagai pilihan kebanyakkan peminat.Antara warna biasa ialah merah,kuning, oren,hijau biru dan hitam.Gapi juga mempunyai pelbagai bentuk ekor menjadikan gapi sebagai ikan hiasan yang sangat banyak variasinya..Ikan ini juga sangat mesra dan sesuai dipelihara dalam jumlah yang banyak.
IKAN GAPI : Maklumat asas 
IKAN GAPI: Penjagaan   


2)moli


ikan kecil yang biasanya berwarna merah padat.Ianya agak agresif tetapi mesra dengan jenisnya yang dewasa.ikan ini juga hujud dalam beberapa warna antaranya kuning, putih dan hitam. antara spesis yang popular adalah sword tail.

3)laga

ikan hiasan ynag sangat cantik tapi cenderung untuk bersendirian dan bersembunyi.Biasanya diperlihara secara solo dalam akuarium yang kecil atau didalam botol.Mempunyai warna yang terang dan berkilat ditambah pula sirip dan ekor yang boleh mengembang menjadikakan kegilaan kepada peminatnya.

4)tiger barb
ikan berasal dari asia tenggara ini kurang mendapat tempat dinegara asalnya.Ia hadir dalam beberapa variasi antaranya tiger barb biasa,albino dan neon/hijau.ikan ini mempinyai keseragaman bentuk, saiz dan warna.ikan ini menjadi menarik dibela dalam kuatiti yang banyak didalam akuarium yang dihiasi tubuhan air.ikan ini juga dapat membiak dalam akuarium.

5)cuci cermin
ikan ini biasanya ditambah ke dalam akuarium sebagai pelengkap.ia memakan lumut-lumut pada dinding , batu dan hiasan lain.Selalunya diletak untuk mengawal lumut dalam akuarium. Kini, ikan ini tidak hanya hadir dengan warna hitam gelap semata-mata malah, ada juga yang berwarna putih atau bertompok-tompok menhiasi badannya.

6)zebra
Sinonim dengan namanya, iakn ini mempunyai corak badan yang berbelang-belang seumpama haiwan zebra. Sesetengah ikan ini mempunyai ekor yang labuh.

7)neon
Lazimnya, terdapat dua warna utama gagi ikan ini iaitu hitam dan biru. Namun, ikan yang berwarna biru lebih digemari kerana warnanya yang berkilau dan lebih menonjol. Saiz ikan ini yang matang ialah dari 1 - 2cm.

8)angel

ikan yang berbentuk petak dan nipis ini menyerlahkan corak-corak pada badannya.saiznya sekitar 5-10cm dan warna yang pelbagai menyerlahkan keunikannya.

9)karp
Ikan yang jinak biasanya diperliahara di dalam kolam.Ikan ini juga dapat diperlihara di Akuarium.Ikan omnivor ini tidak cerewek dalam diet seharian dan biasanya diberi makan pallet. ikan ini agak besar berwarna terang dan sangat sesuai diperlihara sekawan.ikan ini juga biasanya amat rapat dengan manusia.

10)mas
Ikan omnifor ini sangat digemari ramai.Warna kebiasaannya adalah merah,putih dan hitam.Bentuknya yang unik dan gerakannya yang terkedik-kedik mempersonakan ramai orang.Ikan ini amat mesra dan selesa hidup dalam kolompok yang sederhana besarnya.

11)patin
ikan yang kelihatan garang dan ini juga mempunyai pengemarnya yang tersediri.ikan ini tergolong dalam keluarga catfish.

12)kelisa
Ikan karnivor yang tahan lasak terhadap persekitaran.Ikan ini lebih gemar hidup bersendirian diwilayahnya di habitat asal.Ikan ini biasanya diperlihara bersendirian di dalam akuarium.Ikan ini akan menyerang sesama sendiri seandainya dibiarkan hidup bersama.Bentuk badan yang Excotik ditambah pula susun atur dan warna sisik yang menarik menjadi tarikan ramai.Ikan kelisa tempatan mempunyai nilai komersil yang tinggi berbanding baka impot.Ini kerana baka tempatang mempunyai warna dan bentuk badan yang cantik ditambah pula ancaman kepupusan akibat bemburuan yang berlualuasa.

13)keli
terdapat sesetengah keli yang mempunyai corak dan warna yang cantik,sesuai untuk dijadikan ikan hiasan.Ikan keli amat tahan lasak dan mudah dijaga.

14)lohan
ikan berkepala bonjol ini juga dikenali sebagai flaver hort.saiznya yang besar,warnanya yang canti dan gaya renangnya yang berwibawa memikat ramai perminat.harganya juga amat mahal..

15)lampam
Ikan lampam mempunyai badan yang leper dan pengerakannya amat lincah.ikan yang hidup dalam kumuniti yang besar ini mempunyani warna yang berkilat.ikan ini adalah omnifor dan lazimmya ikan ini berwarna perak atau kuning berkilat.

1 ulasan: