Add

ikuti saya di facebook

"Sokong" kami di facebook

Sabtu, 24 November 2012

IKAN GAPI : Maklumat asas


     ikan gapi (poecilia reticulata) adalah ikan kecil yang mempunyai pelbagai warna, corak dan mudah dibela.Ianya tahan lasak dan mudah membiak menjadikannya sebagai pilihan kebanyakkan peminat.Antara warna biasa ialah merah,kuning, oren,hijau biru dan hitam.

    Gapi juga mempunyai pelbagai bentuk ekor menjadikan gapi sebagai ikan hiasan yang sangat banyak variasinya.Ikan ini juga sangat mesra dan sesuai dipelihara dalam jumlah yang banyak.

    Ikan gapi @kapi....(dalam  bi = guppy) adalah haiwan dari  keluarga  poeciliidae dari genus poecilia dan nama saintifiknya adalah poecilia reticulata.

    Ikan gapi juga di kenali sebagai ikan seribu  merupakan salah satu ikan air tawar yang paling popular dibela sebagai ikan hiasan serta sebagai makanan ikan pemangsa seperti haruan dan arowana
    Ikan gapi hidup meliar di Antigua and Barbuda, Barbados, Brazil, Guyana, Jamaica, Belanda, Trinidad and Tobago, the U.S. Virgin Islands dan Venezuela. Ikan gapi telah diperkenalkan di negara-negara Asia untuk mengawal populasi nyamuk terutama nyamuk aedes.

     Saiz ikan gapi mampu mencecah  4–6  cm panjang untuk betina manakala jantan 2.5–3.5 cm panjang. Ikan  gapi tergolong  sebagai ikan melahirkan anak. 


IKAN GAPI: Penjagaan  




Tiada ulasan:

Catat Ulasan