Add

ikuti saya di facebook

"Sokong" kami di facebook

Sabtu, 24 November 2012

Mengambil Gambar Ikan

sepanjang saya mengendalikan blog ini... antara perkara yang paling sukar adalah untuk mengabil gambar ikan, terutama ikan yang kecil saiznya dan mempunyai gerakan lincah.... seringkali terlambat beberapa milisaat untuk mengabil gambar pada posisi terbaik untuk di jadikan bahan kepada blog ini...

kebanyakan gambar yang diambil untuk blog ini mengunakan kaedah mengasingkan ikan terpilih ke dalam akuarium kecil supaya ikan sentiasa berada di hadapan lensa kamera... selain itu kaedah ini juga memudahkan mengawal pencahayaan... pon begitu gambar terpaksa diambil berkali-kali untuk memudahkan memilih gambar terbaik sebelum kerja penyuntingan.
mencabar gak ambil gambar ikan ni...walaupon telah diasingkan, masih gagal merakamkan gambar yang jelas..(T.T)

untuk mengambil gambar dalam akuarium sebenar, biasanya tugas ini dilakukan pada waktu malam...waktu malam dipilih untuk memudahkan kita mengawal arah pencahayaan... seterusnya sasaran menjadi lebih menarik ....elakan cahaya dari hadapan(luar) akuarium kerana silauan cahaya pada kaca akan merosakan gambar yang dihendakki... dinding akuarium perlu dicuci sebersih-bersihnya supaya tidak menjadi ganguan dan memudarkan gambar yang diambil...
sesetengah jurugambar menunggu ikan sedang tidur supaya gambar yang dihasilkan lebih cantik dengan mudah... segala persiapan seperti mencuci cermin dilakukan sebelah siang ... ketika ikan tidur, ikan akan berada setempat, membolehkan jurugambar mengunakan "sutter panjang" untuk mendapatan gambar dengan detail yang jelas seperti sisik-sisik pada seekor gapi... kaedah ini memerlukan bantuan tripot...
kesimpulannya,mengabil gambar ikan adalah satu tugas yang mencabar dan memerlukan kesabaran yang tinggi...